Wednesday 6 June 2012

Kampungku tamanku, rumahku syurgaku :D

Hi, peace with u all..^^ 



dlm post yg lepas, (KLIK SINI) saya ada cakap nak tulis pasal sejarah Kg Nuntunan kan.. hehe.. jadi untuk post kali ini, saya akan ceritakan pula sejarah Kampung Nuntunan Apin-Apin..:)


P/s : post ni agak panjang sikit.. biasa lar, bab2 sejarah ni memang akan panjang lebar..:D

BAGAIMANA KAMPUNG NUNTUNAN MENDAPAT NAMA?

Cerita 1
Sekitar tahun 60 - an kampung Nuntunan dikenali sebagai kampung " Pinisi ". Menurut kepercayaan orang dahulu, binatang peliharaan atau apa juga jenis binatang tidak boleh dipermain - mainkan. Sekiranya kepercayaan ini tidak dipatuhi malapetaka besar seperti banjir besar, ribut petir dan penyakit akan melanda. Malapetaka tersebut lebih dikenali penduduk kampung pada masa itu sebagai " Osisian ". Akibat kenakalan kanak - kanak kampung pada masa itu, haiwan - haiwan kecil yang berada di sungai ( sungai Apin - Apin ) telah disakiti dan ditertawakan oleh kanak - kanak tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya perkara " Osisian ". Banjir besar sering berlaku di kampung ini sehingga kampung ini digelar sebagai kampung Pinisi.

Cerita 2
Pada sekitar tahun 70 - an kampung Nuntunan dikenali sebagai kampung " Ampat - Ampat " (44). Kampung ini mendapat gelaran " Ampat - Ampat " apabila Pihak penjajah British menentukan kawasan kampung Nuntunan terletak pada jarak 44 batu bermula daripada daerah Tenom Sabah. Terdapat juga tempat persinggahan  yang terletak di kawasan " Ampat - Ampat ". Tempat persinggahan ini digunakan oleh pihak British untuk berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan ke daerah Tambunan. Akhirnya, kawasan kampung Nuntunan ini dipanggil sebagai kampung Ampat - Ampat oleh penduduk kampung pada masa itu.

Pada tahun 80 - an, Encik Victor Dumbong ( ketua kampung pertama ) telah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan kampung Nuntunan sebagai sebuah kampung yang berdaftar di pejabat daerah Keningau. Sebelum menjadi sebuah kampung yang berdaftar, kampung Nuntunan berada dalam kuasa tadbir kampung Apin - Apin.

Sebelum kampung ini didaftarkan, penduduk kampung Nuntunan telah berkumpul dan berbincang untuk memilih nama kampung yang sesuai untuk didaftarkan. Pada mulanya, perkataan " Ampat - Ampat " dan " Pinisi " dicadangkan untuk didaftarkan. Namun demikian, ramai penduduk kampung yang tidak bersetuju menggunakan nama tersebut sebagai nama kampung. Setelah perbincangan dilakukan, dengan sebulat suara penduduk kampung memilih nama kampung sebagai " Nountunan ". Akhirnya perkataan " Noutunan " hanya disebut sebagai " Nuntunan ".

Perkataan " Nountunan " dipilih kerana, perkataan Nountunan bermaksud ' berkumpul '. Ramai orang yang datang ke kawasan kampung Nuntunan dan berkumpul ( tinggal ) di kawasan tersebut sehingga kawasan tersebut digelar sebagai " Noutunan tulun " ( terkumpul orang ). Selain itu, ramai orang yang berasal dari Tambunan datang dan membina penempatan di kawasan ini dan berkenalan dengan penduduk di kawasan ini. Perkataan ' berkenalan ' disebut dalam bahasa Dusun sebagai " Mintutun "  ( Dusun merupakan bahasa natif yang digunakan oleh penduduk kampung ).

Setakat ini sahaja yang mampu saya ceritakan serba sedikit tentang sejarah Kampung Nuntunan.. Penat kepala otak saya nak tulis cerita panjang2 mcm ni.. haha..

Sumber : http://nuntunankeningau.forumotion.com/forum

Mandi - manda dekat Sungai Apin - Apin.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...