Thursday 29 August 2013

Manusia itu adalah manusia

Manusia itu adalah manusia

Andai hidup ini umpama daun kering
Maka tiba saatnya hidup ini juga pasti kering
Tiba saatnya satu hari hidup ini berakhir
kerana itu kenapa perlu disia-siakan nyawa.

Andai suatu hari puncak jaya tergapai
Pasti senyum mengukir manis
Manis kerana jaya itu milik nuraninya seorang insan
Tapi pastikah manisnya senyum itu kekal?

Kerana hidup ini sementara
pastinya manusia berbondong-bondong mengejar puncak
Kerana puncak itu lahirnya kepedihan
Tapi itulah yang dinamakan kehidupan.

Dahulu dan kini tiada beza
manusia itu tetap sama
Kerana apa?
Kerana manusia itu adalah manusia.


Wednesday 11 July 2012

MY OWN !

HI, PEACE WITH UOLS..^^

SELEPAS BACA POST BLOG SEORANG KAWAN.. SAYA MENYEDARI SESUATU PERKARA YANG PENTING UNTUK DIFIKIRKAN SEBAIK MUNGKIN OLEH SESEORANG YANG BERGELAR PELAJAR..



BELAJAR TINGGI2 SAMPAI DAPAT GELARAN  "DOKTOR" TIDAK MENJANJIKAN ANDA   
BOLEH MEMILIKI SEJUTA RINGGIT DALAM AKAUN ANDA.

TAPI KALAU TIADA PELAJARAN LAGI LA MUSTAHIL UNTUK MENDAPAT SEJUTA RINGGIT DALAM AKAUN.

DALAM ARUS KEMODENAN, SEMUA PERKARA TERMASUK LA "BELAJAR" MEMERLUKAN SESUATU BENDA IAITU "DUIT" ( TIADA BENDA PERCUMA ZAMAN SEKARANG INI )

MAHU MEMILIKI STATUS "DOKTOR" MEMERLUKAN PENGORBANAN YANG CUKUP BESAR, SANGAT2 BESAR. PENGORBANAN DUIT SUDAH SEMESTINYA, DAN YANG PALING MENYAKITKAN (BAGI SAYA) ADALAH MENGORBANKAN MASA YANG LAMA. KALAU SETAKAT SETAHUN DUA SUDAH BOLEH DAPAT GELARAN DOKTOR (PHD) MUNGKIN TIDAK MENJADI MASALAH UNTUK MENGORBANKAN MASA.

ZAMAN SEKARANG, MEMBUANG MASA BERTAHUN2 SEMATA-MATA MAHU MENDAPAT GELARAN DOKTOR BUKAN LA SESEUATU YANG BOLEH MENJANJIKAN 1001 PELUANG UNTUK MENDAPAT DUIT YANG BERDOZEN. ADAKALANYA MASA BERTAHUN-TAHUN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGEJAR STATUS DOKTOR (PHD) ITU, MUNGKIN MEMBOLEHKAN KITA MENGUMPUL DUIT ANGKA 6-DIGIT KE DALAM AKAUN BANK SENDIRI.

KESIMPULANNYA, FIKIRKAN SEBAIK MUNGKIN SEBELUM ANDA MEMBAZIR MASA DAN WANG UNTUK TERUS MENGHAFAL BUKU2 ILMIAH SEMATA-MATA KERANA GELARAN DOKTOR (PHD). MENGHAFAL BUKU2 ILMIAH TIDAK MEMUNGKINKAN ANDA (KITA) MENIMBA PENGALAMAN NYATA HIDUP DALAM MAJMUK MANUSIA. ADAKALANYA, SEORANG YANG TIDAK BERPELAJARAN TINGGI MENGETAHUI LEBIH BANYAK PERKARA BERBANDING DENGAN ORANG YANG BARU BERSTATUS DOKTOR (PHD).

# Duit bukan segalanya, tapi tiada duit tidak mungkin segalanya boleh menjadi nyata.

Tuesday 10 July 2012

Kerja Part Time :)

Hi, peace with uols ^^

Dah lama x update blog ni.. hehe.. Hari sy mau bercakap pasal kerja sambilan pula.. Untuk pengetahuan semua ( macam la orang nak tau sangat kan.. haha ), saya x balik kampung dekat sabah masa cuti sem ni.. Saya duduk kat hostel UKM je.. Dah duduk sorang2 kat hostel, bosan pula xda apa benda nak buat.. So, sy pun cari la kerja, boleh juga dapat duit nak cover2 kewangan masa buka sem nanti.. hehe..

Mula kerja kat KFC !
Mula2 saya kerja dekat KFC, hari2 dapat makan ayam.. haha.. Saya kerja dekat bahagian masak ayam (cook), tapi kerja x lama la, sy x mampu kerja dekat dapur lama2 sangat.. pening kepala duk dapur lama2.. dah tu muak pula tengok ayam kena goreng hari2.. haha..

Lepas berhenti kerja kat KFC, ada pula kawan yang sudi rekomenkan saya kerja dekat stesen minyak PETRONAS.. hahaha.. Saya pun xda masalah nak kerja kat situ.. So, saya kerja la kat stesen minyak tu.. Sy ingatkan saya akan kerja dekat bahagian cleaner or forecourt ( xtau betul x ejaan ni :D ), rupa2nya supervisor stesen minyak tu bagi sy kerja dekat bahagian cashier.. huhu.. Entah, sapa punya mulut sembarang cakap, sy ni student perniagaan kat UKM ( sy student Linguistik bukan perniagaan ye ).. Aduhhh, mampus sy ! Saya mana la pandai duduk kira2 duit.. dah tu bukan sikit duit kat cashier tu.. boleh sampai 20 k sehari !
Lepas berhenti kerja kat KFC,
pindah pula kerja kat stesen Minyak
PETRONAS.


Hari pertama, ok la sy kerja ( ok apa, sy buatkan cashier lain short duit adalar.. :D ).. hari kedua pun ok la.. baru proses nak belajar jadi cashier, memang semua benda nak tanya kat cashier2 yang lebih senior.. hari ketiga kerja,  saya jatuh sakit.. x pasal2 saya demam.. haha.. x pergi kerja la jawabnya... hari keempat, kejutan bagi saya.. saya dah kena suruh buka counter sendiri.. duduk la saya sorang2 jadi cashier.. huhu.. macam nak nangis jaga counter tu. Bukan apa, cuma saya masih blurr dengan suma benda berkaitan cashier ni.. kalau setakat bayar cash boleh la.. tapi ni, sesetengah pelanggan tu pakai kad credit la, pakai kad bank la.. Memang susah saya nak cover suma tu.. ramai pula pelanggan tu.. bila ramai pelanggan, pening la kepala.. duit RM50 pun boleh jadi seringgit.. hahaha..

Setelah beberapa hari kerja, saya dah boleh faham sikit2 aliran kerja sebagai cashier ni.. ingatkan senang nak jadi cashier.. rupa2nya rumit juga kerja cashier ni.. lebih2 lagi kalau melibatkan jumlah wang yang banyak.. kalau x kira balik2, boleh bankrap jadinya ! semakin hari saya boleh dikatakan cekap sikit menguruskan karenah2 cashier ni.. haha.. lagi satu masalah cashier ni.. cashier perlu kena bersabar sentiasa.. kalau nak tahu, cashier kat stesen minyak tu selalu kena marah dengan pelanggan.. diorang marah sebab lambat la, x pandai kira duit la.. pam minyak x betul la.. macam2 lagi la rungutan.. So, saya sebagai cashier yang baik hati ( konon2 la ) ingin meminta kepada pelanggan2 atau bakal2 pelanggan stesen minyak sentiasa la bersabar.. jangan nak marah2 begitu je kat cashier.. cashier bukannya robot boleh buat kerja cepat sangat.. pelanggan pun bukannya sorang dua je.. hehehe..
Ni la benda yang dipanggil sebagai
pam minyak kat stesen minyak
PETRONAS.



 Setakat ini sahaja la yang mampu saya kongsikan, mata dah x tahan nak tido.. haha

# Tidak sangka dapat rakan sekerja yang berasal dari negeri yang sama, daerah yang sama dan kampung yang berhampiran.. haha.. hari2 boleh cakap dialek Sabah. :D

Wednesday 20 June 2012

I miss Sabahan food !

Hi, peace with u oll..^^


Dah lama x balik Sabah + lama dah x balik kampung + lama sudah x balik rumah = Craving for sabahan food.. arghhhhh

Dulu masa mula2 sampai di semenanjung ni, rasa macam makanan di sini pelik2 semua. Hampir keseluruhan makanan dekat semenanjung ni minyak berlebihan.. aduhhh !!! Masa mula2 duduk dekat semenanjung ni, susah juga saya mahu membiasakan diri dengan makanan yang ada. Mana2 restoran pun sama je masakannya.. Nak makan sup, tapi hilang selera bila nampak sup tersebut.. Minyak berlebihan ! Lama juga saya rasa macam kebuluran je hari2.. haha.. bukan tidak mahu makan, tapi keadaan makanan itu yang membuatkan nafsu makan hilang.. hmm..

Syukurlah, dapat juga saya biasakan diri dengan makanan yang ada dekat semenanjung ni ( stay in  Selangor actually ). Tapi bila dah hari2 makan benda yang sama saja, muak pula.. aiyoo.. bila dah muak, mula la saya ingat makanan2 di Sabah. Saya ingat sup labu + ayam (x tau apa nama menu tu), ingat jeruk ikan, Hinava, Tuhau, Sambal mangga, " Tuntul rinebus ", Roun mundok ", macam2 lagi la.. terleleh-leleh liur bila ingat suma makanan tu...

Tanpa ragu-ragu saya pun search la gambar-gambar sabahan food d facebook, and i got a few picture and finally i am totally craving for sabahan food :'(
Ini merupakan makanan hasil gabungan dua tradisi gastronomi
iaitu suku Dusun dengan suku asli Makasar.
Turu rinukut doh lopot + ayam pindang.

Tengok gambar saja, terliur sudah saya !


Sup terjun Bunduliwan style. Saya sangat teringin minum
sup ni. Simple ja menu ni.
I'm looking that siput or known as ' Tuntul ' in Dusun languange.
" Tuntul rinebus ".

Umbut dengan kerang. Sedap, dengan rasa umbut yang manis
ditambah dengan kerang lagi..

Semua orang Sabah tahu makanan ni. Ni la Tuhau.. Sesetengah orang
x suka makan. Disebabkan aroma tuhau yang sedikit pelik. haha

Ubi keladi cina rebus ( dicucuk dengan bilis ).
Ini la makanan yang sangat saya gemari.
Kalau boleh hari2 mahu makan ubi ni. haha.
Ubi keladi cina merupakan antara makanan utama semasa
zaman penjajahan British dan jepun.

" Kodop " atau kulat kayu dimasak bersama
bawang dan sayur daun.
Tempurung kelapa merupakan antara bekas
yang digunakan untuk meyimpan/meletakkan
makanan.

Setakat ini sahaja post saya kali ni.. enjoy la tengok2 gambar post ni.. hahaha

Credit to: Dr. Rem Dambul

Wednesday 6 June 2012

Kampungku tamanku, rumahku syurgaku :D

Hi, peace with u all..^^ 



dlm post yg lepas, (KLIK SINI) saya ada cakap nak tulis pasal sejarah Kg Nuntunan kan.. hehe.. jadi untuk post kali ini, saya akan ceritakan pula sejarah Kampung Nuntunan Apin-Apin..:)


P/s : post ni agak panjang sikit.. biasa lar, bab2 sejarah ni memang akan panjang lebar..:D

BAGAIMANA KAMPUNG NUNTUNAN MENDAPAT NAMA?

Cerita 1
Sekitar tahun 60 - an kampung Nuntunan dikenali sebagai kampung " Pinisi ". Menurut kepercayaan orang dahulu, binatang peliharaan atau apa juga jenis binatang tidak boleh dipermain - mainkan. Sekiranya kepercayaan ini tidak dipatuhi malapetaka besar seperti banjir besar, ribut petir dan penyakit akan melanda. Malapetaka tersebut lebih dikenali penduduk kampung pada masa itu sebagai " Osisian ". Akibat kenakalan kanak - kanak kampung pada masa itu, haiwan - haiwan kecil yang berada di sungai ( sungai Apin - Apin ) telah disakiti dan ditertawakan oleh kanak - kanak tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya perkara " Osisian ". Banjir besar sering berlaku di kampung ini sehingga kampung ini digelar sebagai kampung Pinisi.

Cerita 2
Pada sekitar tahun 70 - an kampung Nuntunan dikenali sebagai kampung " Ampat - Ampat " (44). Kampung ini mendapat gelaran " Ampat - Ampat " apabila Pihak penjajah British menentukan kawasan kampung Nuntunan terletak pada jarak 44 batu bermula daripada daerah Tenom Sabah. Terdapat juga tempat persinggahan  yang terletak di kawasan " Ampat - Ampat ". Tempat persinggahan ini digunakan oleh pihak British untuk berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan ke daerah Tambunan. Akhirnya, kawasan kampung Nuntunan ini dipanggil sebagai kampung Ampat - Ampat oleh penduduk kampung pada masa itu.

Pada tahun 80 - an, Encik Victor Dumbong ( ketua kampung pertama ) telah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan kampung Nuntunan sebagai sebuah kampung yang berdaftar di pejabat daerah Keningau. Sebelum menjadi sebuah kampung yang berdaftar, kampung Nuntunan berada dalam kuasa tadbir kampung Apin - Apin.

Sebelum kampung ini didaftarkan, penduduk kampung Nuntunan telah berkumpul dan berbincang untuk memilih nama kampung yang sesuai untuk didaftarkan. Pada mulanya, perkataan " Ampat - Ampat " dan " Pinisi " dicadangkan untuk didaftarkan. Namun demikian, ramai penduduk kampung yang tidak bersetuju menggunakan nama tersebut sebagai nama kampung. Setelah perbincangan dilakukan, dengan sebulat suara penduduk kampung memilih nama kampung sebagai " Nountunan ". Akhirnya perkataan " Noutunan " hanya disebut sebagai " Nuntunan ".

Perkataan " Nountunan " dipilih kerana, perkataan Nountunan bermaksud ' berkumpul '. Ramai orang yang datang ke kawasan kampung Nuntunan dan berkumpul ( tinggal ) di kawasan tersebut sehingga kawasan tersebut digelar sebagai " Noutunan tulun " ( terkumpul orang ). Selain itu, ramai orang yang berasal dari Tambunan datang dan membina penempatan di kawasan ini dan berkenalan dengan penduduk di kawasan ini. Perkataan ' berkenalan ' disebut dalam bahasa Dusun sebagai " Mintutun "  ( Dusun merupakan bahasa natif yang digunakan oleh penduduk kampung ).

Setakat ini sahaja yang mampu saya ceritakan serba sedikit tentang sejarah Kampung Nuntunan.. Penat kepala otak saya nak tulis cerita panjang2 mcm ni.. haha..

Sumber : http://nuntunankeningau.forumotion.com/forum

Mandi - manda dekat Sungai Apin - Apin.





Tuesday 5 June 2012

Karenah Bulan Jun

Hi, peace with u alls..^^

Dah 5 hari duniawi memasuki bulan jun :D sedar x sedar tahun 2012 telah pun memasuki fasa pertengahan tahun, cepat sangat masa berlalu..:) kepada yang bakal2 menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan ini, saya dengan seikhlas hati mengucapkan " HAPPY BIRTHDAY AND GOD BLESS U ".. moga diberi kesihatan yang baik dan masa depan yang cerah..

Happy birthday !!

Rasa2nya mahasiswa/i sekarang tengah duduk 24 jam (melebih-lebih pula) dekat bilik atau mana2 la tempat yang selesa.. 24 jam duduk study, maklumlah exam dah dekat. Tinggal beberapa hari lagi dah nak duduk kat kerusi panas dalam dewan exam.. haha.. Kalau x study lagi la panas kerusi tu, dengan mejanya sekali ikut naik suhunya.. haha.. 

Kalau bulan-bulan sebelum ni, Library selalunya kosong je.. pelajar-pelajar yang tension buat tesis je yang selalu muncul kat library.. tapi dah masuk bulan Jun, dari pagi hingga la library ditutup, penuh la libary tu dengan student-student yang berjiwa kental (kental la sangat.. haha), konon nak buat study group la, buat discussion la.. sehingga library tersebut padat dengan students. Aircond pun dah x mampu nak menyejuk  suhu kat library.. haha..

bulan Jun merupakan antara bulan yang paling sibuk bagi mahasiswa/i. Sibuk dengan study untuk final exam, sibuk dengan thesis (deadline tinggal beberapa hari lagi), presentation dan sebagainya. Final exam sudah semestinya menjadi keutamaan bagi students, dan disebabkan perkara ini, library penuh dengan lautan manusia.. haha.. tapi yang x best tu, suasana yang tenang jadi x tenang apabila suara2 sumbang mula muncul.. mungkin sebab nak discuss sesuatu perkara.. tapi ingat library tetap library, x sesiapa pun dibenarkan buat bunyi-bunyian yg x enak.. kalau nak discuss, cari la tempat yang sesuai..:)

Apa2 pun, sekarang merupakan masa yang kritikal bagi mahasiswa/i untuk mengulangkaji, so saya ucapkan " ALL THE BEST & GOOD LUCK ! "

Good Luck !!

Now you can earn rewards by sharing through Facebook & Twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...