Monday 28 May 2012

Kampung Nuntunan Apin-Apin


Hi, peace u all..^^

View Kg Nuntunan dari atas bukit









Kali ni saya akan bercakap serba sedikit tentang sebuah kampung yang bernama Kampung Nuntunan Apin-Apin.. hehe.. Kampung ini terletak di sempadan daerah Keningau dan Tambunan Sabah. Sebahagian kampung ini terletak dalam kawasan daerah Keningau dan sebahagian lagi dalam kawasan Tambunan, kampung ini berdaftar dalam daerah keningau. Kampung yang unik kan.. :D




Musim menanam padi

Kampung ni dah lama wujud, sejak era British & Jepun lagi. Kira dah pangkat datuk dah usia Kampung Nuntunan ni :D Kalau nak tau saya lahir dekat kampung ni, walaupun bukan 100% membesar dekat kampung ni.. haha.. Walaupun x membesar dekat kampung ni, saya tetap sayang akan kampung ni, sebab kampung ni meyimpan 1001 kenangan saya dengan keluarga. Ayah saya sebenarnya dilahirkan kat kampung ni. Rumah datuk nenek saya pun kat kampung ni..:)

Saya menulis post ni sebab saya rindukan suasana kampung (lama x balik kg), saya rindukan keluarga, saya rindukan bunyi ayam berkokok masa pagi2 subuh (dekat KL ni susah gila nak dgr bunyi ayam berkokok), rindukan bunyi-bunyi serangga pada waktu malam, rindu nak jalan2 kat sawah padi.. dan yang sangat saya rindui ialah bangun pagi2 buta, jalan kaki naik turun bukit pegi kebun getah & menoreh getah.. haha.. actually, menoreh getah tu kerja yg wajib saya lakukan masa saya masih duduk kat kampung.. cuti sekolah je, memang kebun getah la tempat saya " bermain "..



View Kg Nuntunan dari Kampung sebelah..
Kampung Nuntunan tidak la terkenal seperti kampung2 lain, tetapi kalau nak tau, kampung ni juga memiliki banyak keistimewaan. Tentu ada orang luar yang nak tau akan keistimewaan kampung Nuntunan kan.. ok la, salah satu keistimewaan kampung ini ialah, Sungai Apin-Apin yang mengalir dekat kampung ini. Sungau ini tidak la besar sangat ( tapi bahaya juga kalau musim hujan ). Sungai ni sebenarnya telah di ' tagal ' atau dalam erti kata lain, aktiviti menangkap ikan tidak dibenarkan sama sekali ! Ikan-ikan yang ada dekat sungai ini dibiarkan hidup bebas :)
Alex Raja Lawak shooting kat Sungai Apin-Apin

Kalau ada kesempatan datang la ke Kampung Nuntunan dan lihat sendiri bagaimana keadaan sungai ini. air sungai ini jernih dan ikan-ikan kat sungai ini boleh dilihat dengan mata kasar.. Geram juga nak tengok ikan sungai yang besar2 tu, tapi nak buat mcm mana lg.. larangan tetap larangan.. x boleh tangkap ikan, kalau ingkar kena denda atau " sogit "..




setakat ini saja yg mampu saya tulis post ini, mata dah nak tertutup. mengantukkk sangat..:D next post saya akan bercerita lagi mengenai kampung Nuntunan, untuk post seterusnya saya akan ceritakan serba sedikit tentang sejarah dan keistimewaan Kampung Nuntunan ! see u next post. Bye2..      

Ni lar basikal tua datuk saya ! haha. klasik gitu..
                                                                                                                                                         

2 comments:

  1. Salam dari anak Binaong, 19 tahun sudah duduk di semenanjung, rindunya sama Keningau

    ReplyDelete
  2. 1 bulan lagi balik kampung oh yes

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...