Wednesday 20 June 2012

I miss Sabahan food !

Hi, peace with u oll..^^


Dah lama x balik Sabah + lama dah x balik kampung + lama sudah x balik rumah = Craving for sabahan food.. arghhhhh

Dulu masa mula2 sampai di semenanjung ni, rasa macam makanan di sini pelik2 semua. Hampir keseluruhan makanan dekat semenanjung ni minyak berlebihan.. aduhhh !!! Masa mula2 duduk dekat semenanjung ni, susah juga saya mahu membiasakan diri dengan makanan yang ada. Mana2 restoran pun sama je masakannya.. Nak makan sup, tapi hilang selera bila nampak sup tersebut.. Minyak berlebihan ! Lama juga saya rasa macam kebuluran je hari2.. haha.. bukan tidak mahu makan, tapi keadaan makanan itu yang membuatkan nafsu makan hilang.. hmm..

Syukurlah, dapat juga saya biasakan diri dengan makanan yang ada dekat semenanjung ni ( stay in  Selangor actually ). Tapi bila dah hari2 makan benda yang sama saja, muak pula.. aiyoo.. bila dah muak, mula la saya ingat makanan2 di Sabah. Saya ingat sup labu + ayam (x tau apa nama menu tu), ingat jeruk ikan, Hinava, Tuhau, Sambal mangga, " Tuntul rinebus ", Roun mundok ", macam2 lagi la.. terleleh-leleh liur bila ingat suma makanan tu...

Tanpa ragu-ragu saya pun search la gambar-gambar sabahan food d facebook, and i got a few picture and finally i am totally craving for sabahan food :'(
Ini merupakan makanan hasil gabungan dua tradisi gastronomi
iaitu suku Dusun dengan suku asli Makasar.
Turu rinukut doh lopot + ayam pindang.

Tengok gambar saja, terliur sudah saya !


Sup terjun Bunduliwan style. Saya sangat teringin minum
sup ni. Simple ja menu ni.
I'm looking that siput or known as ' Tuntul ' in Dusun languange.
" Tuntul rinebus ".

Umbut dengan kerang. Sedap, dengan rasa umbut yang manis
ditambah dengan kerang lagi..

Semua orang Sabah tahu makanan ni. Ni la Tuhau.. Sesetengah orang
x suka makan. Disebabkan aroma tuhau yang sedikit pelik. haha

Ubi keladi cina rebus ( dicucuk dengan bilis ).
Ini la makanan yang sangat saya gemari.
Kalau boleh hari2 mahu makan ubi ni. haha.
Ubi keladi cina merupakan antara makanan utama semasa
zaman penjajahan British dan jepun.

" Kodop " atau kulat kayu dimasak bersama
bawang dan sayur daun.
Tempurung kelapa merupakan antara bekas
yang digunakan untuk meyimpan/meletakkan
makanan.

Setakat ini sahaja post saya kali ni.. enjoy la tengok2 gambar post ni.. hahaha

Credit to: Dr. Rem Dambul

5 comments:

  1. Replies
    1. saya lg la lapar.. balik2 telan liur masa taip post ni.. hahaha

      Delete
  2. u make me hungry !! nokorolehh saya trus o hahaha

    ReplyDelete
  3. Harrah's Las Vegas Resort & Casino - JTM Hub
    Harrah's Las Vegas Resort & Casino. 777 안양 출장샵 Harrah's Blvd 원주 출장샵 S Las 포천 출장마사지 Vegas, 김포 출장마사지 NV 89109. Phone: 702.770.7711. Website: 세종특별자치 출장샵 www.harrahs.lv Casino & Hotel

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...