Monday, 28 May 2012

Last Minute

 Hi, harap semuanya ok. peace ^_^
Hari ini saya akan bercakap tentang ' Last Minute '. hehe.. Ada apa dengan frasa ni? tentu macam-macam perkara yang ada dalam fikiran korang kan :D Last Minute bermaksud semua perkara yang berlaku pada saat-saat akhir.. Sebenarnya ada banyak lagi definisi frasa ' Last Minute ', bergantung kepada situasi. Secara mudah, ' Last Minute ' adalah sesuatu yang bersifat saat-saat akhir. ( harap-harap korang faham la ye ). 


ok, saya akan berceloteh tentang ' Last Minute ' dari aspek seorang pelajar, tidak kira pelajar sekolah atau pelajar universiti ( mahasiswa ). Frasa ' Last Minute ' sememangnya cukup sinonim dengan kehidupan sebagai seorang pelajar. ( boleh saya katakan, bukan pelajar kalau x pernah ada perkara ' Last Minute ' :D )

Perkara ' Last Minute ' berlaku apabila pelajar sering sahaja melengah-lengahkan masa untuk melakukan kerja yang diarahkan. Contohnya, tugasan yang perlu dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan, tetapi pelajar lebih banyak melakukan perkara lain berbanding menyiapkan tugasan yang perlu dihantar. Akibat tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan kerja, maka berlakulah perkara ' Last Minute ' iaitu pelajar tergesa-gesa menyiapkan tugasan. 



Kerja atau tugasan yang dilakukan pada saat-saat akhir, biasanya akan ada kesilapan. Kesilapan yang berlaku diakibatkan oleh masa yang tidak mencukupi. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan pelajar tidak dapat menyemak semula hasil kerja mereka. Kesannya, pelajar mungkin akan kehilangan markah atau mungkin akan menyebabkan pelajar tersebut terpaksa membuat semula tugasan tersebut.



kesimpulannya, berakhirlah celoteh saya disini.. haha.. Jangan suka melakukan perkara ' Last Minute ' ! ( kalau nak cuba boleh juga :D )melakukan kerja pada saat akhir bukan sahaja menyebabkan stress, mungkin juga akan menyusahkan orang lain. akhir kata, MASA ITU EMAS !



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...