Manusia itu adalah manusia
Andai hidup ini umpama daun kering
Maka tiba saatnya hidup ini juga pasti kering
Tiba saatnya satu hari hidup ini berakhir
kerana itu kenapa perlu disia-siakan nyawa.
Andai suatu hari puncak jaya tergapai
Pasti senyum mengukir manis
Manis kerana jaya itu milik nuraninya seorang insan
Tapi pastikah manisnya senyum itu kekal?
Kerana hidup ini sementara
pastinya manusia berbondong-bondong mengejar puncak
Kerana puncak itu lahirnya kepedihan
Tapi itulah yang dinamakan kehidupan.
Dahulu dan kini tiada beza
manusia itu tetap sama
Kerana apa?
Kerana manusia itu adalah manusia.