Hi, peace with uols ^^
Dah lama x update blog ni.. hehe.. Hari sy mau bercakap pasal kerja sambilan pula.. Untuk pengetahuan semua ( macam la orang nak tau sangat kan.. haha ), saya x balik kampung dekat sabah masa cuti sem ni.. Saya duduk kat hostel UKM je.. Dah duduk sorang2 kat hostel, bosan pula xda apa benda nak buat.. So, sy pun cari la kerja, boleh juga dapat duit nak cover2 kewangan masa buka sem nanti.. hehe..
|
Mula kerja kat KFC ! |
Mula2 saya kerja dekat KFC, hari2 dapat makan ayam.. haha.. Saya kerja dekat bahagian masak ayam (cook), tapi kerja x lama la, sy x mampu kerja dekat dapur lama2 sangat.. pening kepala duk dapur lama2.. dah tu muak pula tengok ayam kena goreng hari2.. haha..
Lepas berhenti kerja kat KFC, ada pula kawan yang sudi rekomenkan saya kerja dekat stesen minyak PETRONAS.. hahaha.. Saya pun xda masalah nak kerja kat situ.. So, saya kerja la kat stesen minyak tu.. Sy ingatkan saya akan kerja dekat bahagian cleaner or forecourt ( xtau betul x ejaan ni :D ), rupa2nya supervisor stesen minyak tu bagi sy kerja dekat bahagian cashier.. huhu.. Entah, sapa punya mulut sembarang cakap, sy ni student perniagaan kat UKM ( sy student Linguistik bukan perniagaan ye ).. Aduhhh, mampus sy ! Saya mana la pandai duduk kira2 duit.. dah tu bukan sikit duit kat cashier tu.. boleh sampai 20 k sehari !
|
Lepas berhenti kerja kat KFC, pindah pula kerja kat stesen Minyak PETRONAS. |
Hari pertama, ok la sy kerja ( ok apa, sy buatkan cashier lain short duit adalar.. :D ).. hari kedua pun ok la.. baru proses nak belajar jadi cashier, memang semua benda nak tanya kat cashier2 yang lebih senior.. hari ketiga kerja, saya jatuh sakit.. x pasal2 saya demam.. haha.. x pergi kerja la jawabnya... hari keempat, kejutan bagi saya.. saya dah kena suruh buka counter sendiri.. duduk la saya sorang2 jadi cashier.. huhu.. macam nak nangis jaga counter tu. Bukan apa, cuma saya masih blurr dengan suma benda berkaitan cashier ni.. kalau setakat bayar cash boleh la.. tapi ni, sesetengah pelanggan tu pakai kad credit la, pakai kad bank la.. Memang susah saya nak cover suma tu.. ramai pula pelanggan tu.. bila ramai pelanggan, pening la kepala.. duit RM50 pun boleh jadi seringgit.. hahaha..
Setelah beberapa hari kerja, saya dah boleh faham sikit2 aliran kerja sebagai cashier ni.. ingatkan senang nak jadi cashier.. rupa2nya rumit juga kerja cashier ni.. lebih2 lagi kalau melibatkan jumlah wang yang banyak.. kalau x kira balik2, boleh bankrap jadinya ! semakin hari saya boleh dikatakan cekap sikit menguruskan karenah2 cashier ni.. haha.. lagi satu masalah cashier ni.. cashier perlu kena bersabar sentiasa.. kalau nak tahu, cashier kat stesen minyak tu selalu kena marah dengan pelanggan.. diorang marah sebab lambat la, x pandai kira duit la.. pam minyak x betul la.. macam2 lagi la rungutan.. So, saya sebagai cashier yang baik hati ( konon2 la ) ingin meminta kepada pelanggan2 atau bakal2 pelanggan stesen minyak sentiasa la bersabar.. jangan nak marah2 begitu je kat cashier.. cashier bukannya robot boleh buat kerja cepat sangat.. pelanggan pun bukannya sorang dua je.. hehehe..
|
Ni la benda yang dipanggil sebagai pam minyak kat stesen minyak PETRONAS. |
Setakat ini sahaja la yang mampu saya kongsikan, mata dah x tahan nak tido.. haha
# Tidak sangka dapat rakan sekerja yang berasal dari negeri yang sama, daerah yang sama dan kampung yang berhampiran.. haha.. hari2 boleh cakap dialek Sabah. :D